Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,
Mancis dan pokok,
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis.
Akan tetapi, satu batang mancis jua boleh membakar jutaan pokok.
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.
Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak.
Oleh kerana itu, setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar.
Kita mempunyai kepala, dan yang paling penting, otak.
Jadi, kita tiada perlu terbakar marah hanya kerana sebuah gesekan(dugaan) kecil.
Ketika burung hidup, burung makan ulat.
Ketika burung mati, ulat makan burung.
Waktu akan terus berputar dan berputar dan berputar sepanjang zaman.
Kitaran kehidupan terus berlaku.
Jangan merendahkan sesiapapun dalam hidup,
bukan kerana siapa mereka,
tetapi kerana siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih arif daripada kita.
Waktu kita sedang berjaya, kita merasa ramai teman di sekeliling kita.
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting,
jauh lebih berharga melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Dan, setelah di ambang AJAL, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup ini lebih BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat.
Apa yang ditabur, itu yang dituai.
Sekian, terima kasih. :)
.jpg)
No comments:
Post a Comment