Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, 2 April 2014

Jatuh

Assalamua'alaikum dan selamat sejahtera...

Entri kali ini aku akan cerita fasal 'jatuh'... Jatuh??? Errrr, dalam maksudnya..

---> Macam ni ke? Pun bolehhh...








Macam-macam yang kita  boleh gambarkan fasal perkataan 'jatuh'... Boleh juga digambarkan dengan perasaan, iaitu apabila seseorang mengalami musibah yang mana menyebabkan die mungkin, mungkin la kann, mengalami kemurungan, ataupun ketegangan minda, ataupun lebih teruk lagi, bunuh diri.. Na'uzubillah

Ok, bagi aku la kan, ini pendapat sendiri laa, takde orang yang tak pernah ditimpa masalah, setiap orang akan ada masalah masing-masing. Masalah kewangan la masalah keluarga la masalah hati... Macam-macam masalah ade, tapi, orang yang bijak adalah orang yang menyelesaikan masalah, bukan lari dari masalah...
Betul tak?


















Sebesar manapun masalah tersebut, seganasss mana pun ia, PASTI ada jalan penyelesaiannya. Jangan sesekali kita lari daripada masalah tersebut. Fikir baik-baik apa yang terbaik untuk menyelesaikannya dan seterusnya lakukan langkah penyelesaiannya, dan INGAT...LANGKAH KESEJUTA BERMULA DARIPADA LANGKAH PERTAMA!!

Dalam konteks Islam pula, Allah telah berfirman yang berbunyi :

"Mintaklah dari-Ku dengan sabar dan solat"

Sabar dan solat ni banyak maksudnya.. Apabila anda ditimpa musibah, mintaklah Allah tunjukkan jalan penyelesaiannya.. Jika masih tidak dapat penyelesaiannya, sabarlah, mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik yang mungkin kita akan dapat tak lama lagi.. Jangan sekali-kali buruk sangka terhadap Allah!

Dan yang paling penting la kann bagi aku, kalau ditimpa musibah tu, jangan lah kita merungut kerana rungutan itu bukan boleh selesaikan masalah pun, tambah lagi adaaa.. Sekali lagi, tambahhh lagii adaa..














Last but not least , sekali lagi aku ingatkan, selesaikan masalah anda jangan lari dari masalah yeee..Dan satu lagi, ikhlaskan lah hati anda dalam melakukan sesuatu, kerana keikhlasan itu dikira sebagai ibadah..













Sekian sajalah entri pada kali ni. Maaf jika tersinggung perasaan anda.
Assalamu'alaikum dan salam 1Malaysia...



2 comments:

  1. Bagus kerja anda..
    Saya tambah 1 markah sebab kekreatifan anda...:)

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Terima kasih Proffff

    ReplyDelete