Pages

Powered by Blogger.

Monday, 14 April 2014

Jimat plus Sederhana

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Jimat, sangatlah dititik beratkan di dalam Islam. Islam juga amat menitik beratkan amalan bersederhana. Kenapa pulak macam tu? Kenapa perlu jimat? Kenapa mesti sederhana? Tak boleh ke nak boros, beli je ape nak, ambik je ape nampak kat pasaraya tu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Baik, perkataan jimat dan sederhana ni nampak macam sangat simple, tapi pada hakikatnya, tersangatlah susah untuk diamalkan. Kenapa? Sebab ianya sesuatu yang amat bagus, yang mana syaitan dan iblis akan cuba sedaya upaya menghasut kita supaya tidak mengamalkannya. Betul tak? Baik, ni pandangan aku la kan, kalau kite dah nekad untuk lakukan sesuatu, ape-ape rintangan pun pasti akan dapat kite tempuh, walaupun rintangan yang sangat susah. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada nak dengar cakap syaitan ke nak decide sendiri.. kan?

Baik, berbalik kepada soalan tadi, yang 'kenapa perlu jimat pulak'... Sebenarnya banyak benefit yang kita akan perolehi kalau kita berjimat dan bersederhana. Kita akan selamat di masa hadapan, hidup kita akan tenang, fikiran pun tak kusut, hidup bahagia, dapat keredhoan Allah, tak selalu rugi (orang tamak selalu rugi), dan sebagainya.

Terus terang aku cakap, dulu aku tak pernah pikir kalau lahhh satu hari nanti aku pokai(takda duit), ada ke duit backup yang aku boleh gunakan.. Aku tak ambik serious pun pasal bende ni, mungkin sebab terlalu muda kut, pikiran pun tak matang lagi, duit pun, bila takda, mintak je kat mak bapak, memang naik lemak la kan...Takde pun aku nak simpan duit ke ape ke, perabih duit je keje aku ni. Tapi sekarang baru aku dapat rasakan betapa susahnya nak dapatkan sesuap nasi, tambah-tambah pulak hidup kat Bangi ni kan, semua benda mahal.. Menyesal pun tak guna dah kan, apa yang aku boleh buat adalah, mulakan tabungan, mula berjimat dan hidup secara sederhana.

Ok tu baru cerita pasal jimat, ni pasal sederhana pulak kan, boleh? Boleh kut..

Sederhana ni maksudnya takde la terlalu rigid sampai semua benda nak pakai yang buruk punya, yang lama punya. Tapi kita perlu berfikir secara rasional, kalau barang rosak apa perlu kita buat, tukar ke? Repair ke? Dah boleh jadi bapak orang dah takkan tu pun kene ajar kan? Boleh gitu? hihi
Ada sesetengah kat luar tu, semua barang die, nak yang mahal-mahal, nak yang berjenama, nak yang baruuuuu je, nak yang berkilaaaatttt je... Bukan tak boleh, tapi kena fikir la jugak masa depan kan, kalau hang dok perabih duit la la ni jugak, nanti anak bini hang nak makan apa...
Amalan negatif seperti ini, kita boleh perbaiki sedikit demi sedikit, mula buat calculation untuk bulanan or mingguan mungkin. Dan daripada belanjawan itu, cuba kurangkan perbelanjaan kita, sedikit demi sedikit, belanja mana yang perlu SAHAJA. Jangan gatai-gatai nak cuba-cuba guna khidmat kad kredit, sebab ramai anak muda yang dah pun bankrup dek kad kredit. Okay?















Maapla kasaq sikit bahasa aku ni. Maaf kalau tersinggung. Sapa makan cili dia la yang duk guling-guling pedaih... haha
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment