Pages

Powered by Blogger.
..

Wednesday, 25 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Ahlan wasahlan wa marhaban ya Ramadhan Al - Mubarak.

Hanya beberapa hari saja lagi untuk umat Islam di seluruh pelosok dunia ini untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan yang amat mulia ini. Tidak kira bangsa, warna kulit, adat resam, mazhab-mazhab, amalan - amalan lazim mahupun juadah sahur dan berbuka, kesemuanya hanya lah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Bukanlah luaran menjadi garisan perbandingan mana yang lebih baik, tiada juga untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Akan tetapi, ianya diukur melalui segumpal darah yang bernama hati, yang mana di dalam hati kerdil ini terdapat secebis keikhlasan. Itulah sebenarnya yang membezakan kita di sisi Allah 'Azza Wajalla. Hanya Allah yang tahu apa yang tersirat jauh di satu sudut hati kita ini. Jika benar - benar ikhlas kerana Allah Taala, in shaa Allah, Allah akan memberikan pembalasan yang setimpal dengan amalannya. Akan tetapi, na'uzubillah, jika hanya untuk tunjuk - tunjuk riak takabur dan juga sombong angkuh, sia - sia sahaja amalan di dunia ini. Na'uzubillah!!

Dan dalam bulan yang mulia ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, bayangkanlah, jika kita beribadah dengan seikhlas hati pada malam tersebut, Subhanallah betapa hebat dan kasihnya Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.

Apa persediaan kita untuk menghadapi perang nafsu di bulan ramadhan ini? Adakah kita sudah bersedia mental dan fizikal, rohani dan jasmani? Sama - sama lah kita renung - renungkannya apakah kita sudah bersedia menyahut cabaran dan ujian Allah Taala? Ataupun kita hanya mengambil mudah tentang kedatangan bulan ramadhan ini? Sama - sama kita renungkan dan perbaiki yang mana mampu in shaa Allah.

Semoga ramadhan kali ini membawa perubahan yang baik dalam diri kita hendaknya in shaa Allah.

Selamat Berpuasa. Jangan lupa niat ya :)

Kepada sesiapa yang berilmu di luar sana, jika saya silap, tolong perbetulkan ya..
Maaf andai terasa..
Sampai ketemu lagi...