Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kaum manusia semua..
Baiklah pada entri kali ini aku nak ceghite dan kongsi la sikit pasal ape yang aku tempuhi semasa cuti pertengahan semester untuk semester kedua aku. Pada cuti kali ini aku dan teman-teman skuadku menjalani latihan compass matching di Hulu Langat, Selangor dan latihan abselling (act, taktau nak eja camna hehe alaa yang turun daripada bangunan tinggi guna tali tu haa..) di Kem Sungai Buloh, Selangor.
Aku sebenarnya agak cuak untuk menjalani latihan baca peta dan kompas ni sebab takde pengalaman lagi. Nasib baik la kami dibahagikan bersama pelajar tahun dua sekali, sedikit sebanyak pengalaman mereka dapat membantu perjalanan latihan kami.
Ok pada hari pertama latihan, kami pun bergerak ke hutan Hulu langat dengan menaiki bas dan truck tiga tan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sahaja sebab dekat je. Sampai sampai je kami terus diberi taklimat dan bearing masing-masing. Seterusnya bertungkus lumus la kami menyiapkan tugasan yang diberi. Kami kena tentukan jalan, arah, jauh perjalanan dan langkah untuk ke destinasi seterusnya. Lepas makan dan solat zuhur kami pun dilepaskan dengan diiringi oleh Pegawai Muda. Selama dua hari latihan dijalankan akhirnya kami pun telah berjaya sampai ke semua destinasi. Alhamdulillah. Walaupun macam nak mati, tapi seriously best latihan ni. Tidur dalam kebasahan, jalan bawak bagpack yang berat, makanan yang cukup-cukup, nasib baik banyak sungai yang kami tempuhi jadi takde la dahaga memanjang macam annual camp sebelum ni.
to be continued..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment