Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..
Yeayyy balik kampuuungg..haha
Tak Sabor Nyeeee!!!!
Lagi 8 hari sahaja lagi jarak antara aku dan kampung tercinta. Kali ni in shaa Allah aku akan balik dengan rakan-rakanku, aku yang ajak mereka sebab saja saja nak tunjukkan keindahan ciptaan Allah kat depa. Lagipun boleh kenalkan kat Mama Abah.. Kan elok tu eratkan silaturahim sesama muslim. Tiada lagi tekanan kali ni!! Tak macam balik time cuti study week haritu, asyik duk memikiorkan pasal final exaaaam aje. Kali ni balik dengan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram dari sebarang pemikiran tentang peperiksaan haha. Walaupun cuti hanya 10 hari sahaja, tapi takpe aku akan manfaatkan cuti ni sebaik mungkin. Sebab keluarga adalah satu terapi untuk aku, bila dapat balik kampung je, ianya bagaikan aku dicas semula sehingga full bateri semangatku untuk belajar. Alhamdulillah aku dikurniakan Mama Abah yang penyayang dan amat memahami anak bongsu mereka ini hehe.. Alhamdulillah aku masih dikurniakan tempat untuk mengadu masalah dan suka duka ku, tempat untuk aku meminta pertolongan. Alhamdulillah, Allah salurkan pertolongan-Nya kepada ku melalui Mama Abah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Sekian saja terima kasih jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment