Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, 25 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Ahlan wasahlan wa marhaban ya Ramadhan Al - Mubarak.

Hanya beberapa hari saja lagi untuk umat Islam di seluruh pelosok dunia ini untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan yang amat mulia ini. Tidak kira bangsa, warna kulit, adat resam, mazhab-mazhab, amalan - amalan lazim mahupun juadah sahur dan berbuka, kesemuanya hanya lah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Bukanlah luaran menjadi garisan perbandingan mana yang lebih baik, tiada juga untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Akan tetapi, ianya diukur melalui segumpal darah yang bernama hati, yang mana di dalam hati kerdil ini terdapat secebis keikhlasan. Itulah sebenarnya yang membezakan kita di sisi Allah 'Azza Wajalla. Hanya Allah yang tahu apa yang tersirat jauh di satu sudut hati kita ini. Jika benar - benar ikhlas kerana Allah Taala, in shaa Allah, Allah akan memberikan pembalasan yang setimpal dengan amalannya. Akan tetapi, na'uzubillah, jika hanya untuk tunjuk - tunjuk riak takabur dan juga sombong angkuh, sia - sia sahaja amalan di dunia ini. Na'uzubillah!!

Dan dalam bulan yang mulia ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, bayangkanlah, jika kita beribadah dengan seikhlas hati pada malam tersebut, Subhanallah betapa hebat dan kasihnya Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.

Apa persediaan kita untuk menghadapi perang nafsu di bulan ramadhan ini? Adakah kita sudah bersedia mental dan fizikal, rohani dan jasmani? Sama - sama lah kita renung - renungkannya apakah kita sudah bersedia menyahut cabaran dan ujian Allah Taala? Ataupun kita hanya mengambil mudah tentang kedatangan bulan ramadhan ini? Sama - sama kita renungkan dan perbaiki yang mana mampu in shaa Allah.

Semoga ramadhan kali ini membawa perubahan yang baik dalam diri kita hendaknya in shaa Allah.

Selamat Berpuasa. Jangan lupa niat ya :)

Kepada sesiapa yang berilmu di luar sana, jika saya silap, tolong perbetulkan ya..
Maaf andai terasa..
Sampai ketemu lagi...

Wednesday, 11 June 2014

Selamat Semuanya (Epilog)

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera hendaknya saya ucapkan kepada anda semua...

Telah berakhir sudah perjuanganku dan rakan-rakan dalam medan bernama Aplikasi KOmputer. Satu subjek yang aku gemari tetapi tidak memahirinya sebelum ini. Nak taip pun lambat.. Huhh!! 

Alhamdulillah dari medan yang pada mulanya seperti peperangan antara pelajar dan pensyarah, yang walau macam mana pun pelajar kuat, tetap pensyarah juga yang akan menang..bertukar menjadi kenikmatan dalam belajar. 

Kisah ceritera ApKOm ini juga telah mempertemukan kami dengan seorang yang pada aku, sangat sempoi dan sporting dalam hubungan sesama manusia tetapi sangat tegas dan adil dalam menjalankan tanggungjawabnya bukan sahaja dari segi bidangnya sahaja tetapi dari bidang lain yang amat penting dalam hidup juga. Terima kasih terima kasih terima kasih. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan kepada pensyarahku yang telah memerah keringat membanting tulang demi anak bangsa tercinta. Hebat! Semoga Sir dapat meneruskan komitmen ini hingga hujung nyawa hendaknya. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik Sir. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin ini kekal hingga ke syurga Allah hendaknya.

Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang dari Allah melalui kelemahan diri saya sendiri.

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Balik Kampung Lagiiiii

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..


Yeayyy balik kampuuungg..haha

Tak Sabor Nyeeee!!!!

Lagi 8 hari sahaja lagi jarak antara aku dan kampung tercinta. Kali ni in shaa Allah aku akan balik dengan rakan-rakanku, aku yang ajak mereka sebab saja saja nak tunjukkan keindahan ciptaan Allah kat depa. Lagipun boleh kenalkan kat Mama Abah.. Kan elok tu eratkan silaturahim sesama muslim. Tiada lagi tekanan kali ni!! Tak macam balik time cuti study week haritu, asyik duk memikiorkan pasal final exaaaam aje. Kali ni balik dengan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram dari sebarang pemikiran tentang peperiksaan haha. Walaupun cuti hanya 10 hari sahaja, tapi takpe aku akan manfaatkan cuti ni sebaik mungkin. Sebab keluarga adalah satu terapi untuk aku, bila dapat balik kampung je, ianya bagaikan aku dicas semula sehingga full bateri semangatku untuk belajar. Alhamdulillah aku dikurniakan Mama Abah yang penyayang dan amat memahami anak bongsu mereka ini hehe.. Alhamdulillah aku masih dikurniakan tempat untuk mengadu masalah dan suka duka ku, tempat untuk aku meminta pertolongan. Alhamdulillah, Allah salurkan pertolongan-Nya kepada ku melalui Mama Abah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sekian saja terima kasih jumpa lagi.

Second Sem Mid Break II

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua..

Ini adalah sambungan dari entri sebelum ni ya..

Baik, sebenarnya dalam berbagai kesusahan yang kami alami sepanjang latihan compass matching ini bertujuan mendisiplinkan kami dan melatih kemahiran ketika sesat ataupun ketika peperangan/darurat. Kesusahan-kesusahan ini ibarat kesusahan dalam kehidupan. Jika bijak diurus dan diselesaikan, maka kesusahan tersebut akan membawa keuntungan dan keseronokan kepada kita.

Baik, seterusnya latihan abselling. Aku menjalani latihan ini bersama para senior dan hanya beberapa rakan skuadku sahaja. Pada hari giliran skuadku menjalani latihan ini, iaitu pada hari isnin, kesihatanku tidak mengizinkan memaksa aku berselimut sahaja di UKM sedang rakan-rakan skuadku berjuang melawan kegayatan dan ketakutan di Sg. Buloh sana.. Tapi takpe, janji dapat buat kan.. Kami turun dari bangunan 10 meter tingginya. Bila turun tu, tak rasa gayat pun, cuma gayat bila nak panjat bangunan tu je, taktau kenapa.
Pada hari kejadian, iaitu hari rabu, Naib Canselor UKM juga turut hadir di Kem Sg. Buloh untuk melawat aktiviti yang dijalankan oleh kami. Dengan tidak disangka-sangka NC pun buat jugak abselling ni, nak rasa katanya. Hebat NC!

Secara keseluruhannya latihan-latihan ini membentuk jati diri dalam diri kami semua. Walaupun tidak semua dapat melakukannya dengan sempurna, tetapi sekurang-kurangnya kami telah mencuba sehabis baik. Aku kagum dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh pegawai kadet lelaki dan juga wanita dalam menempuhi halangan dan kepayahan.

Aku harap kenangan ini tersemat indah di sanubari kecilku ini.

Sekian, terima kasih.


Saturday, 7 June 2014

Second Sem Mid-Break

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kaum manusia semua..

Baiklah pada entri kali ini aku nak ceghite dan kongsi la sikit pasal ape yang aku tempuhi semasa cuti pertengahan semester untuk semester kedua aku. Pada cuti kali ini aku dan teman-teman skuadku menjalani latihan compass matching di Hulu Langat, Selangor dan latihan abselling (act, taktau nak eja camna hehe alaa yang turun daripada bangunan tinggi guna tali tu haa..) di Kem Sungai Buloh, Selangor.

Aku sebenarnya agak cuak untuk menjalani latihan baca peta dan kompas ni sebab takde pengalaman lagi. Nasib baik la kami dibahagikan bersama pelajar tahun dua sekali, sedikit sebanyak pengalaman mereka dapat membantu perjalanan latihan kami.

Ok pada hari pertama latihan, kami pun bergerak ke hutan Hulu langat dengan menaiki bas dan truck tiga tan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sahaja sebab dekat je. Sampai sampai je kami terus diberi taklimat dan bearing masing-masing. Seterusnya bertungkus lumus la kami menyiapkan tugasan yang diberi. Kami kena tentukan jalan, arah, jauh perjalanan dan langkah untuk ke destinasi seterusnya. Lepas makan dan solat zuhur kami pun dilepaskan dengan diiringi oleh Pegawai Muda. Selama dua hari latihan dijalankan akhirnya kami pun telah berjaya sampai ke semua destinasi. Alhamdulillah. Walaupun macam nak mati, tapi seriously best latihan ni. Tidur dalam kebasahan, jalan bawak bagpack yang berat, makanan yang cukup-cukup, nasib baik banyak sungai yang kami tempuhi jadi takde la dahaga memanjang macam annual camp sebelum ni.

to be continued..

Friday, 6 June 2014

Kaca Versus LED

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera wahai penduduk marikh..

Pada entri kali ini aku nak story mori la sikit pasal tv LED kat rumah mama abah. Cerita ini berkisar tentang kenakalan anak-anak buahku yang bernama Iman Bukhari dan Iman Bunyamin.

Ade la satu hari ni kan, si Imans berdua ni boleh pulak calit makanan dekat tv berskrin LED kat rumah tu, habis skrinnya berlumur dengan makanan, tapi bende ni terjadi sewaktu aku berada di Bangi. Mama yang cerita pada aku tentang perihal kenakalan mereka. Patut la bila aku balik minggu lepas, ade tompokan dekat skrin tv tu. Rupa-rupanya angkara si Imans haha sabor jela paksunye.. Dah la skrin LED sangat sensitif dengan tekanan a.k.a tekan dengan tangan. Macam yang dah jadi dekat skrin tv LED di rumah Tok, tompok berwarna jelas kelihatan haha.. Tak macam skrin kaca dekat rumah kakak, yang lebih tahan lasak berbanding LED.

Dan pada hari ini, tetiba aku ternampak Screen Cleaning Kit dekat atas almari dalam bilik. Apa lagi terus teringat kt tv tu la, terus saja bergegas ke tv tersebut lalu mencucinya dengan sepenuh hati. Sampaila clear skrin tv tu baru la aku puas hati hehehe..

Sekian saja entri kali ini, hope you enjoy it.

Terima kasih.

Study Last Minute

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera wahai penduduk bumi..

Study last minute? Pernah buat? Ke selalu buat? Kalau aku memang habit hehhe. Study awal awal ni memang bagus tapi taktau la kenapa susah bebenor nak mengamalkannye. Anyone could help me?

Memang aku akui perangai study last minute ni memang sinonim dengan seseorang yang pemalas, tapi macam mane nak jadi rajin haa? haha tapi bagi jutawan dunia iaitu Bill Gates :



Nampak tak? hahaha

Pada pendapat aku si rakyat marhaen ni la kan,study last minute ni ade baik dan ade buruknye, banyak baik daripada buruk jika study last minute dengan cara yang betul akan tetapi banyak buruk daripada baik jika study last minute membuta tuli.

Ini cara-cara study last minute ikut pendapat aku :

1)Fokus dalam kuliah a.k.a kelas sepanjang semester.
2)Take note ape yang lect pesan dan ajar.
3)Study dengan orang yang pandai dalam sesuatu subjek tu.
4)Pastikan carry mark tinggi atau boleh tahan.
5)Study di tempat dan masa yang sesuai.
6)Beribadah mintak pertolongan daripada Allah SWT.
7)Mintak restu dan doa daripada ibubapa ataupun penjaga.

Ini pulak cara-cara salah study last minute ikut pendapat aku :

1)Main-main dalam kuliah a.k.a kelas.
2)Suka ponteng kuliah a.k.a kelas.
3)Study sorang-sorang lepastu tension.
4)Tak sediakan nota awal-awal.
5)Suka makan benda masam-masam.
6)Tak buat latihan bila dah study.
7)Tak mintak tolong pun dengan Yang Maha Esa.

Mungkin pendapat aku di atas ade yang betul ade yang salah mengikut jenis orang. 

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Lain orang mungkin lain cara studynya. Yang di atas tu umum sahaja. Jangan ambil hati ya. Yang mana kita boleh perbaiki tu, perbaiki la, yang mana patut kita tingkatkan tu, tingkatkan lah, sama-sama kita muhasabah diri k. 

Sekian, terima kasih.


-Semoga sukses dalam exam ya-



Wednesday, 4 June 2014

First Time

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Kali ni aku nak cerita la sikit pasal aku dan abah aku.

Pada suatu hari, aku dan ibubapa nak balik kampung abah.. Macam biasa la mesti la naik kereta abah, iaitu Toyota Innova. Tiba-tiba saja abah nak bagi aku bawak kete tu, eksaited habis la sebab bukan senang abah nak bagi kepercayaan kat anak-anak beliau untuk bawak Innova miliknya. Yela kan, kete besor, mestila kena ada keyakinan, skil, kemahiran, keupayaan dan pengalaman yang mencukupi untuk bawak kete tu. Seingat aku la kan, abang-abang aku pun tak dapat bawak kete abah di waktu semuda aku. Walaupun nampak macam remeh-temeh je perasaan aku ni, tapi bagi aku, memang aku terharu la dapat penghormatan sebegini hehe.


Tapi biasela, mama kat sebelah, mane boleh bawak laju-laju. haha Baru 140kmj dah kena sound. Sabo jela aku ni, pelan-pelan pun jadila kan. haha. Sampai keluar hiway hingga ke sebuah kedai makan aku bawak kete tu, jadila kan. Lepas ni bawak lagi hehe.

Ok setakat itu saja cerita aku buat kali ini, harap anda enjoy la ye.
Sampai ketemu lagi. Sekian, terima kasih.

#MIH14

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

22 Mei 2014..




Pada malam 22 Mei itu, aku menghadiri makan malam kolej aku iaitu Kolej Ibrahim Yaakub (KIY).
Makan malam ini dinamakan Malam Integrasi Highlanders (MIH) 14 bertemakan Luxurious Titanic dan warna temanya ialah biru. Malam yang menghimpunkan pendaki-pendaki bukit KIY sama ada yang masih bergelar pelajar mahupun alumni. Aku pergi ke DECTAR ini dengan hanya berjalan kaki turun tangga kerana aku sekarang menginap di kolej di sebelah DECTAR sahaja sementara rakan-rakanku yang lain menaiki kenderaan masing-masing. Sampai saja di pintu masuk utama DECTAR, aku berjumpa dengan rakan-rakanku dan paling aku terkejut ialah Sir Azzwan pun ada sekali, VIP datang! Hebat! Aku dan rakan-rakan menjamu selera dengan hidangan nasi arab dan ayam serta lauk-pauk yang lain yang sungguh menyelerakan. Sampai licin ar pinggan aku hehe. Nak kata sedap laa..

Aku duduk di meja 69 bersama rakan-rakan rapatku di KIY. Berkemeja biru, abang-abang KIY nampak segak kena dengan tema makan malam ini. Tahniah buat rakan-rakan yang menerima berbagai anugerah di atas kecemerlangan ko-kurikulum mereka. Dari awal sampai habis makan malam ini, kami tak henti-henti bergambar untuk tujuan kenangan. Nanti boleh la kan nak cerita kat anak cucu cicit hehehe..

Nah hadiah :)