Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua..
Ini adalah sambungan dari entri sebelum ni ya..
Baik, sebenarnya dalam berbagai kesusahan yang kami alami sepanjang latihan compass matching ini bertujuan mendisiplinkan kami dan melatih kemahiran ketika sesat ataupun ketika peperangan/darurat. Kesusahan-kesusahan ini ibarat kesusahan dalam kehidupan. Jika bijak diurus dan diselesaikan, maka kesusahan tersebut akan membawa keuntungan dan keseronokan kepada kita.
Baik, seterusnya latihan abselling. Aku menjalani latihan ini bersama para senior dan hanya beberapa rakan skuadku sahaja. Pada hari giliran skuadku menjalani latihan ini, iaitu pada hari isnin, kesihatanku tidak mengizinkan memaksa aku berselimut sahaja di UKM sedang rakan-rakan skuadku berjuang melawan kegayatan dan ketakutan di Sg. Buloh sana.. Tapi takpe, janji dapat buat kan.. Kami turun dari bangunan 10 meter tingginya. Bila turun tu, tak rasa gayat pun, cuma gayat bila nak panjat bangunan tu je, taktau kenapa.
Pada hari kejadian, iaitu hari rabu, Naib Canselor UKM juga turut hadir di Kem Sg. Buloh untuk melawat aktiviti yang dijalankan oleh kami. Dengan tidak disangka-sangka NC pun buat jugak abselling ni, nak rasa katanya. Hebat NC!
Secara keseluruhannya latihan-latihan ini membentuk jati diri dalam diri kami semua. Walaupun tidak semua dapat melakukannya dengan sempurna, tetapi sekurang-kurangnya kami telah mencuba sehabis baik. Aku kagum dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh pegawai kadet lelaki dan juga wanita dalam menempuhi halangan dan kepayahan.
Aku harap kenangan ini tersemat indah di sanubari kecilku ini.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment