Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, 26 March 2014

Move On


Move on... 

Okay tajuk ni memang tajuk yang agak mencabar.. Tapi takpe, aku cuba la eh tulis satu entri.

Aku nak cerita pasal keluarga aku sebelah Mama. 

Saat kejadian ini berlaku, aku berada di tingkatan satu. Dalam perhimpunan pagi Isnin, namaku disebut oleh seorang ustaz mengatakan ibubapaku sedang menunggu di luar dewan. Aku dengan muka seposennya, terus melawan arus pelajar-pelajar yang lain menuju ke pintu dewan. Sebaik sahaja keluar, aku tercari-cari kelibat ibubapaku, rupa-rupanya mereka sedang berada di tepi kantin sekolah, dan paling aku terkejut, Mama sedang menangis teresak-esak. Mula lah fikiran aku merenoka idea-idea apakah sebabnya Mama berkelakuan sedemikian. Pabila keizinan dimiliki, aku dibawa pergi sehelai sepinggang balik ke rumah. 

Aku ingatkan balik ke rumah, rupa-rupanya kami menuju ke kampung sepupu aku, kakak aku memberitahu aku begitu. Rupa-rupanya salah satu sangkaan aku tadi mengena. Adik kepada Mama bersama suaminya serta anak bongsu mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Sebaik sahaja sampai di kampung mereka, aku dengan baju sekolahnya terus dibawa ke bilik mandi jenazah, aku dihadiahkan sebuah gayung yang berisi air bersih lalu aku disuruh memandikan Mak Ngah dan Pak Ngah. Aku terlalu terharu pada masa itu kerana aku dapat berjasa kepada mereka buat kali yang terakhir. Mereka lah tempat Mama mengadu saat kesusahan dan juga tempat Mama berkongsi kesukaan. Aku dapat rasakan betapa Mama terlalu terkesan dengan kehilangan adik kesayangannya ini. Macam mana pulak dengan anak-anaknya yang masih belajar semuanya. Semua persoalan itu bagai menusuk jiwaku yang masih terlalu muda ketika itu.

Selesai segala urusan pengkebumian, aku balik ke rumah. Aku dapat lihat dalam mata anak-anak mereka betapa terkesannya mereka. Ada riak wajah sedih dan ada juga riak wajah lain yang tak dapat aku tafsirkan apakah maksudnya, maklumlah, baru form one kut.. 

Aku pun terus pulang ke sekolah dan menjalani hari-hari persekolahan seperti biasa. 

Sehingga sekarang anak-anak mereka terus berjuang demi sesuap nasi di mulut. Aku sangat kagum akan kekuatan rohani mereka yang aku tahu tersangat rindukan kasih sayang ibubapa dan juga adik bongsu mereka. Aku berdoa pada Allah, tempatkanlah roh-roh keluargaku di tempat yang mulia di sisiMU..


Yang sudah terjadi tu, biarkanlah. Allah lebih menyayangi mereka. Kita perlu teruskan kehidupan di dunia sementara ini, untuk mencapai redho Ilahi, kerana kehidupan di akhirat kelak kekal abadi.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan pada entri kali ini. Maaf kerana telah menggangu emosi anda. Satu sahaja nasihat saya, yang juga macam nasihat orang lain, hargailah orang yang tersayang.

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Sampai ketemu lagi.

Saturday, 22 March 2014

Rajuk

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera...

Bersempena MU leading 2-0 ni, aku punya semangat untuk tulis blog ni pun melonjak 200% la kan...

Ok pada entri kali ini, aku akan menceritakan tentang rajuk ataupun merajuk ataupun berkecil hati atau apa-apa sajalah yang anda gelarkan. Ini tajuk lecturer aku yang pilih maaa, manyak sensitif oo..

Alkisah, pada suatu hari, aku dan teman-temanku menjalani rutin harian kami seperti biasa iaitu pergi ke kelas. Seusai kuliah, kami berlalu untuk pergi ke Kedai Makan Ali(bukan nama sebenar). Setelah sampai di kedai makan tersebut, kami pun memesan makanan dan minuman(normal la kan)...

Sedang bosan-bosan menunggu makanan siap disediakan, kami pun meneroka apa-apa yang menarik yang berada di kedai tersebut, tup-tup jumpa box yang berisi resit-resit daripada kedai makan tersebut. Aku pun baca laa apa yang tertulis di box tersebut. Baca punya baca, rupa-rupanya kedai makan tersebut membuat promosi jualan dengan cabutan bertuah. Tempoh untuk masukkan resit dalam box tersebut agak lama juga, lebih kurang satu bulan lebih. Bukan calang-calang hadiahnya, mahal-mahal juga.. Keluaran terbaru pulak tu. Apa lagi, semangat la aku membeli makanan kat kedai makan tu. Agak banyak juga la resit-resit yang aku kumpul untuk cabutan bertuah tu. Setelah berjaya mengumpul resit-resit dengan banyak daripada kedai makan tersebut, aku pun masukkan lah dalam box tersebut. Dan penantian selama sebulan pun bermula...

Ok tempoh sebulan pun berlalu. Hari yang dinanti sudah pun tiba. Aku dan teman-temanku pergi ke kedai makan tersebut dengan muka yang excited habis. Selama sejam kami tunggu untuk cabutan bertuah tersebut dijalankan. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak masanya. 

Unfortunately, aku dan teman-temanku tak dapat satu pun cabutan bertuah yang disediakan. Semuanya dapat kat orang lain, agak banyak juga la hadiahnya.. Aku dan teman-temanku berasa sangat terkilan, bukan apa, paling tidak pun, dapat hadiah paling murah pun jadilah, banyak kut resit yang kami letak. Ini tidak, satu apa pun tarak.. 

Sejak daripada detik itu, aku berasa seperti berat hati untuk makan di kedai itu, merajuk la senang cerita. Lebih sebulan aku tidak menjamah makanan mahupun minuman di kedai itu. Kadang-kadang terasa juga mahu pergi 'menziarahi' kedai tu, tapi entah kenapa kaki terasa berat. haha

Hampir dua bulan berlalu, aku pun mula pergi membeli di kedai tersebut. Dan hati aku tidak lagi berasa berat untuk ke kedai tersebut. :)

Sekian sahaja coretan ringkasku buat kali ini, sampai ketemu lagi...Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera 

Friday, 14 March 2014

Kehilangan


Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera saya dahulukan,


Pembuka kata manis bicara,


Kalau sudah Allah tetapkan,


Apalah daya kita sebagai hamba. :')


Sempena kehilangan Boeing MH370 milik Malaysia Airlines System
(MAS) pada 8 Mac yang lalu, aku coretkan sebuah entri bertemakan 'kehilangan'.

Nak cerita fasal kehilangan ni, banyak maksudnya, tapi aku cerita la fasal hilang physically eh. 

Di sini aku nak kongsi la pengalaman aku hilang basikal kesayangan Mama...Basikal ni jenis basikal mini, yang handle dia macam handle moto Harley Davidson tu, berwarna hijau.. Basikal ni Mama guna sewaktu Mama muda-muda dulu, untuk pergi ke sekolah(kalau tak silap la). Ok, peristiwa ni terjadi sewaktu aku masih di bangku sekolah rendah, jadi aku tak berapa ingat tahun bila benda ni jadi. 

Ok, cerita dia macamni, aku suka ride basikal Mama aku ni,sebab apa? Sebab rasa hebat bila ride basikal ni, taktau la kenapa.. Tiap-tiap petang aku minta izin Mama nak keluar, naik basikal dengan kawan-kawan. Race sana race sini, kacau anjing, pegi CC(Cyber Cafe) dan sebagainya. Aku sememangnya sangat nakal, paling nakal antara adik-beradik aku. Mama akan beri keizinan untuk aku guna basikal tu, dengan syarat, aku tak lintas landasan kereta api(rumah aku dekat dengan railway). Tapi, budak nakal kan, apa yang orang larang tu yang aku nak buat sangat.. (-.-)

Bila tiba hari Jumaat, aku akan pergi solat Jumaat dengan kawan-kawan dengan menunggang basikal, kami akan pergi ke masjid yang tidak perlu untuk lintas landasan kereta api. Tapi, disebabkan terasa kepingin(teringin) hendak pergi solat Jumaat di masjid seberang, aku pergi jugak dengan kawan-kawan aku ni kadang-kadang. Banyak kali jugak la pergi solat kat seberang. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ketika sedang khusyu' menunaikan solat(khusyu' lahh sangat, haha), basikal aku dikebas orang. Seusai menunaikan solat Jumaat, aku ke parkir basikal dan motosikal.. Terkejut beruk aku bila tengok basikal aku dah 'takde'.. Satu masjid, satu taman(masjid tu dalam taman perumahan) aku dengan kawan-kawanku cari, tapi tetap tak jumpa..

Ahkirnya, kami decide, aku dah takde rezeki dengan basikal tu, jodoh kami tak panjang. Kami pun balik ke rumah . Aku dengan ditemani seorang rakan, balik menghadap Yang Arif(Mama)..

Dengan muka yang dah macam mumia punya pucat nak kata, takut punya fasal, sebab dah la tak dengar kata, basikal hilang pulak tu, aku pun panggil Mama aku dari luar, "Mama, basikal hilang!". Apa lagi, kena la..haha. Nasib baik ada kawan aku yang sorang ni, beliau merupakan anak murid kesayangan Mama.. So, kurang la sikit kemarahan Mama tu. Pandai tak? haha

Seriously, sampai sekarang aku masih tercari-cari basikal tersebut, apabila berselisih je dengan basikal yang sama jenis, aku pandang dengan perasaan yang ingin tahu(curious), adakah basikal ni basikal Mama? Namun selalunya yang naik basikal tu, nyonya tua, takkan la dia yang curi.. Lagipun peristiwa tu dah lama sangat berlaku, takkanla(aku cuba memujuk hati).

Moral of the story, jangan la sekali-kali melawan cakap orang yang lebih berpengalaman daripada kita, tambah-tambah lagi orang tua kita, kecuali ianya melanggar hukum syara' Allah. 

Sekian saja entri kali ini, sampai ketemu lagi..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. :)

Thursday, 13 March 2014

Pray For MH370

March's Special Entry


Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Bersempena tragedi kehilangan pesawat boeing milik Malaysia Airlines System (MAS) pada pagi 8 Mac 2014 yang lalu, aku buatkan entry khas untuk mengingati peristiwa tersebut.

Aku takdela nak update apa-apa info tentang pesawat dan penumpang-penumpangnya, tapi aku cuma nak memperingati peristiwa tersebut sekaligus mengajak pembaca-pembaca blog ini untuk terus-menerus mendoakan pesawat dan penumpang-penumpangnya serta kru-krunya selamat wal'afiah. 

Terlalu banyak spekulasi tentang MH370, tapi aku tak percaya seratus peratus pada satu-satu spekulasi, sebab apa? Sebab setiap kemungkinan tu ada, dan tiap-tiap spekulasi tu, ada fakta yang boleh diterima dan ada yang langsung tak boleh dipakai..Aku faham kenapa pihak kerajaan Malaysia masih tidak mengumumkan apakah sebenarnya terjadi pada MH370, it's all about pride may be or the passanger's safety..Perhaps... So, Malaysian citizens, please be patient, and pray for MH370..

Hanya pada Allah jua lahh kita bergantung, dan Allah sentiasa bersama dengan golongan yang sabar. :)

Sekian sajalah entry khas ini, assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..





Cerita Tentang Aku

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Pertama-tama sekali, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Aplikasi Komputer aku, Encik Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor kerana menjadi pencetus kepada kewujudan blog ini. 

Nama pilihan Abah serta Mama aku tidak lain tidak bukan ialah 
Muhammad Hafizan Bin Abdul Manaf. Nama melayu aku ialah Penjaga Yang Terpuji(sedap tak?)..

Umurku jika mengikut kalendar Islam sudah hampir mencecah 21 tahun pada 9 Syawal yang akan datang dan jika mengikut kalendar Masihi baru mencecah 20 tahun.

Aku dilahirkan di Taiping, Perak dan dibesarkan di Taiping, Perak. Seumur hidup aku tak pernah merasa pindah rumah, haha.. Sangat berlainan dengan adik-beradik aku yang banyak kali pindah rumah. 

Mama orang Patani(jangan tanya patani tu apa) dan Abah orang Mendeleng(jangan tanya jugak) haha.. Cara cakap Mama dan Abah sangat lahh lain, Mama cakap dialek patani dan Abah cakap Perak pure(yang air = ayor tu). Aku pulak hidup kat Taiping dari kecik sampai lahh panjang.. Orang kat Taiping ni cakap bahasa utara pulak, jadinya bercampur aduklah bahasa di lidah merahku ini. haha.. Tu cerita dia..

~Taiping Cinta Hatiku~
Gambar kat atas ni ialah gambar kat Taman Tasik Taiping, tempat di mana aku suka bersiar-siar. Tempat di mana aku melepaskan ketegangan mindaku dan tempat luahan hatiku. Kat sini jugak kalau jogging pagi-pagi, memang ramai la awek cun.. haha boleh la nak cuci mata kan.. Aku seorang yang minat akan alam semulajadi..
hihihi


Aku disekolahkan di SK Pengkalan Aur, Taiping dan SMKA Kerian, Perak. Walaupun keputusan SPM aku tak berapa nak bagus, aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang aku dapat, itulah yang aku usahakan. Alhamdulillah. Selepas result SPM keluar, aku menerima tiga tawaran; Asasi UIA, Matrik, IPG.. Last-last aku pilih matrik(aku pun taktau kenapa aku pilih matrik). Aku di'matrik'kan di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah dalam jurusan Perakaunan. Sebenarnya minat aku dalam bidang ni tersangatlah kurang, aku minat physics.. Tapi bila aku dapat kelas sains tulen kat SMKA Kerian dulu, tiba-tiba Mama suruh aku tukar bidang, aku turutkan saja kerana bagi aku pilihan IbuBapa yang tidak bercanggah dengan syariah, aku patut turutkan saja, lagipun mereka makan garam dulu sebelum aku kan... Suddenly, minat aku dalam bidang ni dapatlah jugak dipupuk sedikit demi sedikit, ALHAMDULILLAH.. dan bukti hujah-hujah aku di atas ialah di mana aku berada sekarang, aku berjaya compete dengan budak-budak yang terer akaun daripada aku dan berjaya masuk ke UKM dalam jurusan Ekonomi Dengan Kepujian(siap ada kepujian lagi tu).

Ok nak cerita fasal UKM ni amatlah panjang walaupun aku baru first year kt sini, sebab aku seorang anggota PALAPES. Memang banyak yang dah aku tempuh kat UKM ni. Ok aku cerita dari awal eh, aku didaftarkan di Kolej Ibrahim Yaakub, roommate aku bernama Fahmi. Setelah difikirkan masak-masak, aku join PALAPES walaupun Mama tak berkenan(tapi aku dapat permission dari MAMA ABAH dulu sebelum join ok). First sem di KIY yang sangat bermakna, aku berpindah ke Kolej Tun Hussein Onn kerana KTHO adalah kolej untuk PALAPES dan roommateku yang baru bernama Farid, budak tahun tiga kut. KIY tetap dihatiku kerana itulah kolej pertama aku kat UKM ni. Alhamdulillah KTHO juga tidak kurang hebatnya, aku taknaklah membandingkan antara dua kolej ni, tapi bagi aku dua-duanya best. Member-member kt KIY best, member-member kt KHTO pun best :)... Menjadi anggota PALAPES bukanlah suatu yang mudah, sebabnya, kena kuat mental dan fizikal, paling penting mental lahh kan. PALAPES bukan medium untuk either jadi tough or jadi hensem(tibe) tapi PALAPES mengajar aku untuk pandai bahagikan masa(walaupun tak berapa pandai lagi, tapi bolehlaa) dan jugak membina ketahanan mental aku serta mengajar aku erti kesabaran. So, tak rugi join PALAPES ni, sebab keluar U nanti, kalau takde keje, boleh la jadi askar sebab peluang untuk terpilih tu sangat cerah. Walaupun aku terpaksa skema di UKM ni, tapi bila pikir-pikir balik, nanti nak keja kena skema jugak kan..  


Ibubapa aku, aku panggil Mama dan Abah, comel je~

Abah dan Mama merupakan pesara guru(anak cikgu rupanya). Abah pencen sebagai guru besar manakala Mama pencen sebagai PK(HEM) sekolah rendah. Sekarang ni Mama dan Abah sedang mengusahakan ladang vanilla di Perak. Kalau sudi jengah la kt blog ni http://projekvanilamannaz.blogspot.com/. Selain tu Mama ambil tempahan menjahit secara kecil-kecilan. Abah aku seorang yang suka bertukang dan suka pomen, perangai ni dapat kat abang- abang aku. Sampaila kawan-kawan Abah gelar Abah MacGyver. Kedua-dua Raja dan Permaisuri hatiku ini sangat suka apabila cucu-cucu dan anak-anak mereka balik ke Taiping, Perak.

Aku punyai dua orang abang yang tampan dan tiga orang kakak yang jelita serta aku takde adik. Which means I'm the youngest son of my family la.. Ngeh3 :3 Tapi orang selalu tak caya kat aku bila aku bagitau hal ni, mereka kata muka macam anak sulung (tau la tak hensem).. haha. Nama adik-beradik aku sangat unik kerana kami ibarat ada kembar masing-masing, walaupun abang aku berdua tu sememangnya kembar seiras.

1st : Muhammad Zaidun; 2nd : Muhammad Zaidan; 3rd : Nurul Husna; 4th : Nurul Fadhilah; 5th : Nurul Farhana; 6th : Muhammad Hafizan

Nampak tak apa yang aku nampak? 2Z + 2H + 2F 

Adik-beradik aku semuanya sudah berjaya dalam hidup, dah grad, dah kahwin, dah ada anak(except Nurul Farhana sebab beliau baru je berapa bulan kahwin). Tinggal aku sorang ja yang masih terkapai-kapai mencari kehidupan(cehh poyo plak). Aku dah ade tujuh anak sedara dah dan mereka panggil aku Paksu.. :) 

Apa lagi nak cerita ye...

Ok, cita-cita aku nak mengembara dunia ni, macam yang omputeh buat. Aku nak bawak sebuah bag deuter then mengembara satu dunia, nak tengok budaya luar :).. Hobi aku pulak sangatlah banyak, main bola, main game, memancing, mandi air terjun dan terbaru main tennis.. hihi(sebenarnya ada lagi)...Warna kesukaan aku pulak berubah-ubah, latest aku suka kaler hijau..  Aku kekurangan enzim G6PD, enzim ni ialah enzim yang protect darah merah kita, kalau nak lukis, orang normal seperti anda(kalau anda normal la kan), buat bulatan dan conteng di sekeliling bulatan tersebut, yang contengan itulah enzim G6PD, sementara aku punya contengan kabur, anda punya contengan terang.. 

Aku dah terbiasa pantang, sebab budak G6PD ni banyak pantang larang dia, yang paling hebat pantang adalah, kacang parang :


Dengan kulit




Tanpa kulit


Selain kacang parang, kekacang, segala jenis ubat nyamuk, clorox, nila dan banyak lagi. Benda ni boleh bawak mati kalau aku tak pantang.

Alhamdulillah aku masih hidup sampai sekarang.

Sekian sajalah cerita aku buat masa ini. Maaf kerana aku menggunakan bahasa rojak buah :)...


Assalamu'alaikum, selamat sejahtera dan selamat maju jaya.
Majulah sukan untuk negara.
Sampai ketemu lagi.