Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera saya dahulukan,
Pembuka kata manis bicara,
Kalau sudah Allah tetapkan,
Apalah daya kita sebagai hamba. :')
Sempena kehilangan Boeing MH370 milik Malaysia Airlines System
(MAS) pada 8 Mac yang lalu, aku coretkan sebuah entri bertemakan 'kehilangan'.
Nak cerita fasal kehilangan ni, banyak maksudnya, tapi aku cerita la fasal hilang physically eh.
Di sini aku nak kongsi la pengalaman aku hilang basikal kesayangan Mama...Basikal ni jenis basikal mini, yang handle dia macam handle moto Harley Davidson tu, berwarna hijau.. Basikal ni Mama guna sewaktu Mama muda-muda dulu, untuk pergi ke sekolah(kalau tak silap la). Ok, peristiwa ni terjadi sewaktu aku masih di bangku sekolah rendah, jadi aku tak berapa ingat tahun bila benda ni jadi.
Ok, cerita dia macamni, aku suka ride basikal Mama aku ni,sebab apa? Sebab rasa hebat bila ride basikal ni, taktau la kenapa.. Tiap-tiap petang aku minta izin Mama nak keluar, naik basikal dengan kawan-kawan. Race sana race sini, kacau anjing, pegi CC(Cyber Cafe) dan sebagainya. Aku sememangnya sangat nakal, paling nakal antara adik-beradik aku. Mama akan beri keizinan untuk aku guna basikal tu, dengan syarat, aku tak lintas landasan kereta api(rumah aku dekat dengan railway). Tapi, budak nakal kan, apa yang orang larang tu yang aku nak buat sangat.. (-.-)
Bila tiba hari Jumaat, aku akan pergi solat Jumaat dengan kawan-kawan dengan menunggang basikal, kami akan pergi ke masjid yang tidak perlu untuk lintas landasan kereta api. Tapi, disebabkan terasa kepingin(teringin) hendak pergi solat Jumaat di masjid seberang, aku pergi jugak dengan kawan-kawan aku ni kadang-kadang. Banyak kali jugak la pergi solat kat seberang. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ketika sedang khusyu' menunaikan solat(khusyu' lahh sangat, haha), basikal aku dikebas orang. Seusai menunaikan solat Jumaat, aku ke parkir basikal dan motosikal.. Terkejut beruk aku bila tengok basikal aku dah 'takde'.. Satu masjid, satu taman(masjid tu dalam taman perumahan) aku dengan kawan-kawanku cari, tapi tetap tak jumpa..
Ahkirnya, kami decide, aku dah takde rezeki dengan basikal tu, jodoh kami tak panjang. Kami pun balik ke rumah . Aku dengan ditemani seorang rakan, balik menghadap Yang Arif(Mama)..
Dengan muka yang dah macam mumia punya pucat nak kata, takut punya fasal, sebab dah la tak dengar kata, basikal hilang pulak tu, aku pun panggil Mama aku dari luar, "Mama, basikal hilang!". Apa lagi, kena la..haha. Nasib baik ada kawan aku yang sorang ni, beliau merupakan anak murid kesayangan Mama.. So, kurang la sikit kemarahan Mama tu. Pandai tak? haha
Seriously, sampai sekarang aku masih tercari-cari basikal tersebut, apabila berselisih je dengan basikal yang sama jenis, aku pandang dengan perasaan yang ingin tahu(curious), adakah basikal ni basikal Mama? Namun selalunya yang naik basikal tu, nyonya tua, takkan la dia yang curi.. Lagipun peristiwa tu dah lama sangat berlaku, takkanla(aku cuba memujuk hati).
Moral of the story, jangan la sekali-kali melawan cakap orang yang lebih berpengalaman daripada kita, tambah-tambah lagi orang tua kita, kecuali ianya melanggar hukum syara' Allah.
Sekian saja entri kali ini, sampai ketemu lagi..
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. :)
No comments:
Post a Comment