Pages

Powered by Blogger.

Saturday, 22 March 2014

Rajuk

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera...

Bersempena MU leading 2-0 ni, aku punya semangat untuk tulis blog ni pun melonjak 200% la kan...

Ok pada entri kali ini, aku akan menceritakan tentang rajuk ataupun merajuk ataupun berkecil hati atau apa-apa sajalah yang anda gelarkan. Ini tajuk lecturer aku yang pilih maaa, manyak sensitif oo..

Alkisah, pada suatu hari, aku dan teman-temanku menjalani rutin harian kami seperti biasa iaitu pergi ke kelas. Seusai kuliah, kami berlalu untuk pergi ke Kedai Makan Ali(bukan nama sebenar). Setelah sampai di kedai makan tersebut, kami pun memesan makanan dan minuman(normal la kan)...

Sedang bosan-bosan menunggu makanan siap disediakan, kami pun meneroka apa-apa yang menarik yang berada di kedai tersebut, tup-tup jumpa box yang berisi resit-resit daripada kedai makan tersebut. Aku pun baca laa apa yang tertulis di box tersebut. Baca punya baca, rupa-rupanya kedai makan tersebut membuat promosi jualan dengan cabutan bertuah. Tempoh untuk masukkan resit dalam box tersebut agak lama juga, lebih kurang satu bulan lebih. Bukan calang-calang hadiahnya, mahal-mahal juga.. Keluaran terbaru pulak tu. Apa lagi, semangat la aku membeli makanan kat kedai makan tu. Agak banyak juga la resit-resit yang aku kumpul untuk cabutan bertuah tu. Setelah berjaya mengumpul resit-resit dengan banyak daripada kedai makan tersebut, aku pun masukkan lah dalam box tersebut. Dan penantian selama sebulan pun bermula...

Ok tempoh sebulan pun berlalu. Hari yang dinanti sudah pun tiba. Aku dan teman-temanku pergi ke kedai makan tersebut dengan muka yang excited habis. Selama sejam kami tunggu untuk cabutan bertuah tersebut dijalankan. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak masanya. 

Unfortunately, aku dan teman-temanku tak dapat satu pun cabutan bertuah yang disediakan. Semuanya dapat kat orang lain, agak banyak juga la hadiahnya.. Aku dan teman-temanku berasa sangat terkilan, bukan apa, paling tidak pun, dapat hadiah paling murah pun jadilah, banyak kut resit yang kami letak. Ini tidak, satu apa pun tarak.. 

Sejak daripada detik itu, aku berasa seperti berat hati untuk makan di kedai itu, merajuk la senang cerita. Lebih sebulan aku tidak menjamah makanan mahupun minuman di kedai itu. Kadang-kadang terasa juga mahu pergi 'menziarahi' kedai tu, tapi entah kenapa kaki terasa berat. haha

Hampir dua bulan berlalu, aku pun mula pergi membeli di kedai tersebut. Dan hati aku tidak lagi berasa berat untuk ke kedai tersebut. :)

Sekian sahaja coretan ringkasku buat kali ini, sampai ketemu lagi...Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera 

No comments:

Post a Comment