Pages

Powered by Blogger.

Thursday, 13 March 2014

Cerita Tentang Aku

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Pertama-tama sekali, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Aplikasi Komputer aku, Encik Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor kerana menjadi pencetus kepada kewujudan blog ini. 

Nama pilihan Abah serta Mama aku tidak lain tidak bukan ialah 
Muhammad Hafizan Bin Abdul Manaf. Nama melayu aku ialah Penjaga Yang Terpuji(sedap tak?)..

Umurku jika mengikut kalendar Islam sudah hampir mencecah 21 tahun pada 9 Syawal yang akan datang dan jika mengikut kalendar Masihi baru mencecah 20 tahun.

Aku dilahirkan di Taiping, Perak dan dibesarkan di Taiping, Perak. Seumur hidup aku tak pernah merasa pindah rumah, haha.. Sangat berlainan dengan adik-beradik aku yang banyak kali pindah rumah. 

Mama orang Patani(jangan tanya patani tu apa) dan Abah orang Mendeleng(jangan tanya jugak) haha.. Cara cakap Mama dan Abah sangat lahh lain, Mama cakap dialek patani dan Abah cakap Perak pure(yang air = ayor tu). Aku pulak hidup kat Taiping dari kecik sampai lahh panjang.. Orang kat Taiping ni cakap bahasa utara pulak, jadinya bercampur aduklah bahasa di lidah merahku ini. haha.. Tu cerita dia..

~Taiping Cinta Hatiku~
Gambar kat atas ni ialah gambar kat Taman Tasik Taiping, tempat di mana aku suka bersiar-siar. Tempat di mana aku melepaskan ketegangan mindaku dan tempat luahan hatiku. Kat sini jugak kalau jogging pagi-pagi, memang ramai la awek cun.. haha boleh la nak cuci mata kan.. Aku seorang yang minat akan alam semulajadi..
hihihi


Aku disekolahkan di SK Pengkalan Aur, Taiping dan SMKA Kerian, Perak. Walaupun keputusan SPM aku tak berapa nak bagus, aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang aku dapat, itulah yang aku usahakan. Alhamdulillah. Selepas result SPM keluar, aku menerima tiga tawaran; Asasi UIA, Matrik, IPG.. Last-last aku pilih matrik(aku pun taktau kenapa aku pilih matrik). Aku di'matrik'kan di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah dalam jurusan Perakaunan. Sebenarnya minat aku dalam bidang ni tersangatlah kurang, aku minat physics.. Tapi bila aku dapat kelas sains tulen kat SMKA Kerian dulu, tiba-tiba Mama suruh aku tukar bidang, aku turutkan saja kerana bagi aku pilihan IbuBapa yang tidak bercanggah dengan syariah, aku patut turutkan saja, lagipun mereka makan garam dulu sebelum aku kan... Suddenly, minat aku dalam bidang ni dapatlah jugak dipupuk sedikit demi sedikit, ALHAMDULILLAH.. dan bukti hujah-hujah aku di atas ialah di mana aku berada sekarang, aku berjaya compete dengan budak-budak yang terer akaun daripada aku dan berjaya masuk ke UKM dalam jurusan Ekonomi Dengan Kepujian(siap ada kepujian lagi tu).

Ok nak cerita fasal UKM ni amatlah panjang walaupun aku baru first year kt sini, sebab aku seorang anggota PALAPES. Memang banyak yang dah aku tempuh kat UKM ni. Ok aku cerita dari awal eh, aku didaftarkan di Kolej Ibrahim Yaakub, roommate aku bernama Fahmi. Setelah difikirkan masak-masak, aku join PALAPES walaupun Mama tak berkenan(tapi aku dapat permission dari MAMA ABAH dulu sebelum join ok). First sem di KIY yang sangat bermakna, aku berpindah ke Kolej Tun Hussein Onn kerana KTHO adalah kolej untuk PALAPES dan roommateku yang baru bernama Farid, budak tahun tiga kut. KIY tetap dihatiku kerana itulah kolej pertama aku kat UKM ni. Alhamdulillah KTHO juga tidak kurang hebatnya, aku taknaklah membandingkan antara dua kolej ni, tapi bagi aku dua-duanya best. Member-member kt KIY best, member-member kt KHTO pun best :)... Menjadi anggota PALAPES bukanlah suatu yang mudah, sebabnya, kena kuat mental dan fizikal, paling penting mental lahh kan. PALAPES bukan medium untuk either jadi tough or jadi hensem(tibe) tapi PALAPES mengajar aku untuk pandai bahagikan masa(walaupun tak berapa pandai lagi, tapi bolehlaa) dan jugak membina ketahanan mental aku serta mengajar aku erti kesabaran. So, tak rugi join PALAPES ni, sebab keluar U nanti, kalau takde keje, boleh la jadi askar sebab peluang untuk terpilih tu sangat cerah. Walaupun aku terpaksa skema di UKM ni, tapi bila pikir-pikir balik, nanti nak keja kena skema jugak kan..  


Ibubapa aku, aku panggil Mama dan Abah, comel je~

Abah dan Mama merupakan pesara guru(anak cikgu rupanya). Abah pencen sebagai guru besar manakala Mama pencen sebagai PK(HEM) sekolah rendah. Sekarang ni Mama dan Abah sedang mengusahakan ladang vanilla di Perak. Kalau sudi jengah la kt blog ni http://projekvanilamannaz.blogspot.com/. Selain tu Mama ambil tempahan menjahit secara kecil-kecilan. Abah aku seorang yang suka bertukang dan suka pomen, perangai ni dapat kat abang- abang aku. Sampaila kawan-kawan Abah gelar Abah MacGyver. Kedua-dua Raja dan Permaisuri hatiku ini sangat suka apabila cucu-cucu dan anak-anak mereka balik ke Taiping, Perak.

Aku punyai dua orang abang yang tampan dan tiga orang kakak yang jelita serta aku takde adik. Which means I'm the youngest son of my family la.. Ngeh3 :3 Tapi orang selalu tak caya kat aku bila aku bagitau hal ni, mereka kata muka macam anak sulung (tau la tak hensem).. haha. Nama adik-beradik aku sangat unik kerana kami ibarat ada kembar masing-masing, walaupun abang aku berdua tu sememangnya kembar seiras.

1st : Muhammad Zaidun; 2nd : Muhammad Zaidan; 3rd : Nurul Husna; 4th : Nurul Fadhilah; 5th : Nurul Farhana; 6th : Muhammad Hafizan

Nampak tak apa yang aku nampak? 2Z + 2H + 2F 

Adik-beradik aku semuanya sudah berjaya dalam hidup, dah grad, dah kahwin, dah ada anak(except Nurul Farhana sebab beliau baru je berapa bulan kahwin). Tinggal aku sorang ja yang masih terkapai-kapai mencari kehidupan(cehh poyo plak). Aku dah ade tujuh anak sedara dah dan mereka panggil aku Paksu.. :) 

Apa lagi nak cerita ye...

Ok, cita-cita aku nak mengembara dunia ni, macam yang omputeh buat. Aku nak bawak sebuah bag deuter then mengembara satu dunia, nak tengok budaya luar :).. Hobi aku pulak sangatlah banyak, main bola, main game, memancing, mandi air terjun dan terbaru main tennis.. hihi(sebenarnya ada lagi)...Warna kesukaan aku pulak berubah-ubah, latest aku suka kaler hijau..  Aku kekurangan enzim G6PD, enzim ni ialah enzim yang protect darah merah kita, kalau nak lukis, orang normal seperti anda(kalau anda normal la kan), buat bulatan dan conteng di sekeliling bulatan tersebut, yang contengan itulah enzim G6PD, sementara aku punya contengan kabur, anda punya contengan terang.. 

Aku dah terbiasa pantang, sebab budak G6PD ni banyak pantang larang dia, yang paling hebat pantang adalah, kacang parang :


Dengan kulit




Tanpa kulit


Selain kacang parang, kekacang, segala jenis ubat nyamuk, clorox, nila dan banyak lagi. Benda ni boleh bawak mati kalau aku tak pantang.

Alhamdulillah aku masih hidup sampai sekarang.

Sekian sajalah cerita aku buat masa ini. Maaf kerana aku menggunakan bahasa rojak buah :)...


Assalamu'alaikum, selamat sejahtera dan selamat maju jaya.
Majulah sukan untuk negara.
Sampai ketemu lagi.

No comments:

Post a Comment