Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera :)
Entri kali ini aku kisarkan tentang 'rapuh', yakni hati manusia yang sangat rapuh.
Setiap orang dalam dunia ini, pasti akan melalui saat-saat sukar.
Pasti, pasti, pasti!!!
Dan apabila keadaan itu berlaku, macam-macam tindakan yang akan diambil oleh mereka, ada yang membawa diri, ada yang buat tak endah saja, ada yang mencari yang lain [ini memang best haha], ada yang merayu kepada Sang Pencipta, meminta diberikan jalan keluar [ini yang terbaik (y)] dan macam-macam lagi.
Dalam persahabatan juga, kita mestilah menjaga tutur kata kita, kerana hati manusia ini sangatlah rapuh, mudah terasa, walaupun tidak pernah miniti di bibir mereka betapa kecilnya hati mereka kerana perbuatan kita, tetapi, jauh di sudut kalbu mereka, tersimpan titik hitam dek perbuatan kita, kawannya sendiri, KAWAN...
Nasihat saya yang juga insan biasa,
MUHASABAH lah diri kita,
UBAH lah sikap kita,
MATANG kanlah pemikiran kita,
mintalah KEMAAFAN daripada mereka yang sepatutnya,
kerana diri kita umpama si lebah yang menyumbangkan madu kepada masyarakat, tetapi boleh bertukar kepada si kala jengking yang menyengat yang lain.
Dan ingatlah,
Kata-kata hanya boleh dimaafkan, tetapi tidak boleh dilupakan.
Sekian, terima kasih.
.jpg)
No comments:
Post a Comment