Pages

Powered by Blogger.

Monday, 12 May 2014

Malu Menyatakan Rasa

Dia Kekasih Allah - Hijjaz

Malu rasanya mengatakan cinta;
Kepada dia kekasih Allah;
Kerana dia insan mulia;
Sedangkan diriku insan biasa.

Ku pujuk jua hati dan jiwa;
Meluahkan rasa cinta membara;
Di dalam pujian ucapan selawat;
Tanda penghargaan seorang ummat.

Selagi upaya ku turuti ajarannya;
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya;
Muga di dunia mendapat berkat;
Di akhirat sana beroleh syafaat.

Kerana peribadinya aku terpesona;
Kerna budinya aku jatuh cinta;
Rindu ku padanya tiada terkata;
Nantikanlah daku di taman syurga.

Sesungguhnya apa yang ku dambakan;
Adalah cinta Allah yang Esa;
Kerana cinta kepada Rasulullah;
Beerti cinta kepada Allah.

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..


Pos ini bukan lah untuk menunjuk-nunjuk, bukan jua untuk suka-suka apatah lagi untuk hanya menyiapkan tugasan. Walaupun agak lambat aku menyiapkan pos ini, tetapi aku hanya ingin memupuk rasa cintaku  kepada Allah dan Rasulullah yang sangat pudar. 

Betapa banyaknya dosa yang sudah aku lakukan sepanjang aku bergelar mumaiyiz dan baligh. Betapa banyak sunnah Rasulullah SAW tidak aku amalkan, hanya sedikit daripadanya yang aku ketahui. Sungguh aku hina di sisi Allah. 

Aku malu! Aku malu untuk menyatakan yang aku cinta dan aku rindu dengan Rasulullah SAW apatah lagi bertemu dengannya. Kerana dia adalah insan yang teramat istimewa di sisi Allah sedangkan aku? Aku hanya insan pendosa yang kerdil di hadapan Sang Pencipta!

Apa yang aku boleh buat? Aku akan cuba perbaiki diri ini ke arah yang lebih baik. Sedikit demi sedikit. Biarlah apa orang nak kata, aku adalah aku, selagi Allah mengurniakan nafas kepadaku, akan ku cuba untuk jadi yang lebih baik daripada semalam. In sha Allah. 

Dan kepada sahabat-sahabat di luar sana, berjuanglah menegakkan yang hak supaya yang batil tumbang tersungkur hangus. Lakukanlah amar makruf nahi mungkar, jikalau tidak dengan tangan, gunakanlah mulut dan jikalau tidak dengan mulut memadailah dengan hati. :)

Sekian, terima kasih.








No comments:

Post a Comment