Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, 13 May 2014

First Sem Mid-Break

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. :)

Pada cuti pertengahan semester satu yang lalu, aku dan rakan-rakan skuadku telah menjalani latihan menembak di Johor. 

Pada permulaan cuti itu, kami menjalani latihan menembak di Markas UKM untuk memperkemaskan skil menembak kami. Selama dua hari latihan itu dijalankan kerana bilangan kami yang ramai. 

Pada hari ketiga cuti pertengahan semester, kami pun bertolak ke Johor untuk latihan tersebut. Truck tiga tan bergerak awal sehari sebelum kami selaku rombongan pendahulu. Bas kami pula bertolak pada awal pagi hari ketiga itu, dan Alhamdulillah selamat sampai tepat pada masanya. Sampai sahaja kami terus meletakkan bagpack di tempat yang kami akan bermalam, dan terus bergerak ke lapang sasar. Latihan menembak pun terus dijalankan di situ.

Aku didetailkan dalam barisan pertama untuk latihan tersebut. Dan aku memberanikan diri untuk menembak dengan menggunakan senjata M16 dengan peluru hidup. Pada hari pertama dijalankan latihan satu dan dua, iaitu menembak pada jarak 100 meter dengan kedudukan meniarap, dan latihan dua ialah menembak pada jarak 100 meter dengan empat kedudukan. Alhamdulillah aku dapat membidik sasaran dengan baik kerana jarak ini tidaklah begitu mencabar.

Pada hari kedua pula, kami menjalani latihan tiga dan empat, latihan tiga ialah menembak pada jarak 200 meter dengan empat kedudukan dan latihan empat pula ialah menembak sambil mara dengan empat kedudukan. Ok latihan yang ini aku tidak perform dengan baik kerana ianya amatlah sukar, dengan senjata M16 yang panas dan berat, amat sukar untuk menembak tepat pada sasaran. 

Akhirnya aku mendapat keputusan yang 'boleh makan' sahaja, iaitu 38/70. Aku tak tahu nak kata apa dengan keputusan ini kerana ini pertama kali aku menembak dengan pelbagai gaya seperti ini, kerana latihan di Markas UKM hanyalah menggunakan kedudukan meniarap. Aku bersyukur kepada Allah kerana tiada suatu pun yang tidak diingini berlaku ketika latihan ini dijalankan. Alhamdulillah.

Sekian sajalah entri ini. Sampai ketemu lagi.

Terima kasih daun keladi. :)


No comments:

Post a Comment